Kepada Pelanggan Setia Bani Jawi Perfume sila rujuk team kami untuk pembelian atau semak list team kami berdekatan anda : Klik disini

Notis Privasi

Polisi Perlindungan Data Peribadi

Beecarts Network (Banijawi.com) , adalah komited untuk melindungi privasi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia.

Polisi ini menggariskan cara Beecarts Network mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menyusun, mengubah, menzahirkan, menggunakan dan memusnahkan data peribadi anda berhubung dengan urusan penjualan barangan di laman terbitan Beecarts Network (kemudian ini dirujuk sebagai ?memproses?).

?Beecarts Network? atau ?kami? dalam Polisi ini merujuk kepada ibu pejabat Beecarts Network di Kajang, Selangor.

1. Apakah Data Peribadi?

?Data Peribadi? merujuk kepada apa-apa maklumat berkenaan dengan transaksi komersial yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan individu, yang dikenal pasti atau dapat dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain yang dimiliki oleh Beecarts Network termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan pendapat yang dinyatakan tentang individu tersebut.

?Data Peribadi Sensitif? merujuk sebagai maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seseorang individu, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya dan kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan olehnya atau apa-apa data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perlindungan data peribadi melalui perintah yang disiarkan dalam warta.

2. Pemberitahuan dan Persetujuan

Apabila anda meminta maklumat atau menggunakan perkhidmatan Beecarts Network, anda mungkin dikehendaki memberikan data peribadi anda kepada Beecarts Network. Dengan berbuat demikian, anda bersetuju dengan penggunaan data peribadi anda oleh Beecarts Network menurut Polisi ini. Data peribadi anda juga mungkin telah dikemukakan kepada Beecarts Network oleh pihak ketiga (contohnya, oleh pasangan anda, syarikat di mana anda merupakan pengarahnya, pegawai atau pemegang saham, atau perkongsian di mana anda merupakan rakan kongsi) untuk perkhidmatan yang diperlukan oleh pihak ketiga berkenaan daripada Beecarts Network. Dalam konteks ini, terma ?anda? dalam Polisi ini juga akan digunakan bagi mana-mana individu yang mana data pribadinya telah dikemukakan kepada Beecarts Network dan/atau telah diperolehi menerusi kaedah seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 4 Polisi ini.

Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan data peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda untuk membenarkan Beecarts Network memproses data peribadi anda. Walau bagaimanapun, kegagalan memberikan data peribadi tersebut atau tindakan anda menarik balik persetujuan anda untuk memproses data peribadi yang diberikan mungkin mengakibatkan Beecarts Network tidak dapat menyediakan perkhidmatan kepada anda secara berkesan dan berterusan.

3. Apakah jenis data peribadi yang kami kumpul?

Jenis data peribadi yang kami kumpul termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama, alamat perhubungan, umur, pekerjaan, status perkahwinan, maklumat kewangan, kad pengenalan, pasport, tempat lahir dan sejarah urusan transaksi anda.

Kami mungkin mengumpul data peribadi sensitif anda jika anda berurusan dengan Beecarts Network yang menghendaki anda supaya mendedahkan data peribadi sensitif tersebut kepada pihak kami.

Kami hanya akan menggunakan data peribadi sensitif anda untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan oleh anda sahaja. Jika kami memproses data peribadi sensitif anda, kami akan mendapatkan persetujuan anda terlebih dahulu.

Data peribadi yang kami kumpul boleh dikategorikan sebagai sama ada wajib diberikan atau diberikan secara sukarela. Data peribadi yang wajib diberikan ialah data peribadi yang kami perlukan supaya kami dapat menyediakan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, kami tidak akan dapat menyediakan perkhidmatan kami kepada anda. Keperluan data peribadi yang diberikan secara sukarela ialah data peribadi yang tidak wajib diberikan bagi membolehkan kami menyediakan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, anda masih boleh menggunakan perkhidmatan kami.

Data peribadi yang wajib diberikan atau diberikan secara sukarela adalah berbeza-beza mengikut setiap perkhidmatan yang kami tawarkan.

4. Bagaimanakah kami mengumpul data peribadi anda?

Kami memperoleh data peribadi anda dengan pelbagai cara, seperti :

  • Apabila anda menggunakan salah satu daripada perkhidmatan yang kami sediakan.
  • Apabila anda menghubungi Beecarts Network menerusi pelbagai kaedah seperti borang permohonan, e-mel dan surat, panggilan telefon serta perbualan anda dengan pusat panggilan kami.
  • Jika anda menghubungi kami atau kami menghubungi anda melalui telefon, kami mungkin memantau atau merekodkan panggilan telefon tersebut untuk tujuan jaminan kualiti, latihan dan keselamatan.
  • Daripada analisa yang kami lakukan terhadap transaksi anda.
  • Kami juga mungkin memperoleh data peribadi anda apabila anda menyertai kaji selidik pelanggan atau apabila anda mendaftar diri untuk mana-mana peraduan atau promosi kami.
  • Apabila kami memperolehi apa-apa data dan maklumat daripada pihak yang diberi kuasa (contohnya, agensi kawal selia, dan penguatkuasaan yang dibenarkan).
  • Apabila kami memperolehi apa-apa data dan maklumat dari pihak ketiga.
  • Apabila anda memeterai sebarang transaksi komersial dengan Beecarts Network, termasuk tetapi tidak terhad, bagi menyediakan barangan dan/atau perkhidmatan atau perkhidmatan profesional anda.
  • Laman sesawang dan media sosial Beecarts Network yang lain.
  • Daripada sumber-sumber umum.

5. Apakah tujuan pemprosesan data peribadi anda?

Kami mungkin memproses data peribadi anda untuk sebab berikut :

  • Menjalankan urusan penghantaran barangan kepada anda.
  • Mengurus dan menyelenggara akaun dan kemudahan anda.
  • Menjawab pertanyaan dan aduan anda serta menyelesaikan pertikaian.
  • Fungsi dalaman seperti menilai keberkesanan pemasaran, penyelidikan pasaran, analisa dan pemodelan statistik, pelaporan, pengurusan audit dan risiko serta mencegah penipuan.

Selain itu, kami juga mungkin menggunakan data peribadi anda untuk memenuhi apa-apa keperluan kawal selia dan untuk apa-apa sebab lain yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan yang anda perlukan.

6. Kepada siapakah kami mendedahkan data peribadi anda?

Data peribadi anda yang kami pegang akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, bagi membolehkan kami menyediakan perkhidmatan kepada anda secara berkesan dan berterusan serta mematuhi apa-apa keperluan undang-undang dan peraturan, kami mungkin perlu mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak seperti berikut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Beecarts Network :

  • Ejen dan penyedia perkhidmatan yang dilantik oleh kami untuk pelaksanaan beberapa fungsi, perkhidmatan dan aktiviti kami.
  • Rakan kongsi strategik dan penasihat atau konsultan kami.
  • Agensi penguatkuasaan, kawal selia dan kerajaan, seperti yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang, dibenarkan oleh mana-mana perintah mahkamah atau untuk memenuhi obligasi kepada pihak berkuasa kawal selia.
  • Pihak yang diberi kebenaran oleh anda.

Anda mungkin menerima makluman pemasaran daripada pihak kami atau entiti lain tentang perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Jika anda berhasrat untuk tidak mahu menerima makluman pemasaran ini, sila maklumkan kepada pihak kami untuk menarik balik persetujuan anda dan kami akan berhenti memproses dan berkongsi data peribadi anda dengan entiti lain untuk tujuan penghantaran makluman pemasaran kepada anda.

Anda mempunyai pilihan untuk menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi. Anda boleh menghubungi kami melalui talian atau laman sesawang yang dinyatakan di dalam Seskyen 11 di bawah. Sila ambil maklum bahawa sebaik sahaja kami menerima pengesahan tentang permintaan untuk menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi, ia mungkin mengambil masa sehingga empat belas (14) hari bekerja sebelum penarikan balik persetujuan anda dipaparkan dalam sistem kami. Oleh itu, anda mungkin masih menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi semasa tempoh tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda memilih untuk tidak lagi menerima bahan pemasaran atau promosi, Beecarts Network mungkin masih menghubungi anda untuk tujuan lain selain pemasaran atau promosi seperti urusan berkaitan akaun, kemudahan atau perkhidmatan sedia ada Beecarts Networkyang digunakan oleh anda.

Jika anda telah mengemukakan data peribadi pihak ketiga kepada Beecarts Network, sila pastikan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada pihak ketiga yang berkenaan untuk pemprosesan dan pendedahan data peribadi mereka dan Polisi ini telah dikemukakan terlebih dahulu untuk perhatian pihak ketiga tersebut.

7. Bagaimanakah kami melindungi data anda?

Keselamatan data peribadi anda merupakan keutamaan kami. Beecarts Network mengambil semua langkah fizikal, teknikal dan organisasi yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan data peribadi. Jika kami mendedahkan apa-apa data peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan di dalam Seksyen 6, mereka mempunyai obligasi untuk melindungi data peribadi yang diberikan kepada mereka sewajarnya.

8. Berapa lamakah kami boleh menyimpan data peribadi anda?

Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan serta keperluan dalaman.

9. Perubahan pada Polisi ini

Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengemas kini Polisi ini dari semasa ke semasa. Jika terdapat perubahan ketara pada Polisi ini, kami akan memberitahu anda dengan memaparkan notis tentang perubahan tersebut melalui laman sesawang dalam jangka masa yang difikirkan sesuai oleh kami. Kami menggalakkan anda untuk kerap melawati laman sesawang terbitan Beecarts Network dari semasa ke semasa untuk sentiasa maklum tentang cara kami melindungi maklumat anda.